728x90 AdSpace


Latest News
Rabu, 01 Maret 2017

Dibuli sampai 'bocor' kepala



BERITA TERKINI -  Seorang pelajar perempuan tingkatan 1 cedera di bahagian kepala akibat dipercayai dibuli beberapa pelajar sekolah yang sama, semalam. 

Zarey Mikael, individu yang memuat naik gambar mangsa berkata, anak kepada rakannya itu dibuli sehingga 'bocor' kepala dalam kejadian di SMK Bandar Sri Damansara 2.
Punca kejadian tidak dikenal pasti, namun mangsa dipercayai dipukul dengan objek tumpul di kepala dan perutnya dipijak oleh pelajar perempuan tingkatan 3 bernama Mira, sehingga tidak sedarkan diri

Mangsa telah dihantar ke hospital dan mendapatkan rawatan.

Pemeriksaan pihak hospital mendapati, mangsa yang masih memakai pakaian yang dibasahi darah itu mengalami luka sepanjang 2 inci di bahagian kepala. Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dalaman.

Gambar ndividu yang dipercayai suspek utama kejadian yang dimuat naik oleh bapa mangsa.
Menurut sumber, guru sekolah berkenaan telah pergi berjumpa dengan ibu bapa salah seorang pelajar yang terlibat. Bagaimanapun, ibu bapa pelajar terbabit tidak percaya anak mereka melakukan perkara itu.
Difahamkan bapa mangsa juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Bantuan Anda, Berita Heboh, Berita International, Berita Terkini, Berita Unik, Cerita Cinta, Cerita Lucu, Cerita Mengharukan, Entertainment, Film Cinta, Film Lucu, Film Mengharukan, Handphone, Kesehatan, Kuliner, Orang Hilang, Penipuan, Sejarah, Slider, Sports, Tionghoa, Video, Zodiak

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Item Reviewed: Dibuli sampai 'bocor' kepala Rating: 5 Reviewed By: Nonton cinta