728x90 AdSpace


Latest News
Jumat, 17 Maret 2017

Inilah Wajah Pemandu Gen2 Lawan Arus, Yang Membunuh Pengantin Baru Tidak Berdosa


BERITA TERKINI - Tindakan GILA seorang remaja wanita yang memandu kereta melawan arus telah mengakibatkan seorang lelaki tidak berdosa MAUT, dan lima orang lagi cedera dalam satu kemalangan yang membabitkan empat buah kereta, sebuah van kilang dan sebuah motosikal di Kilometer 134 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Sungai Dua, kira-kira jam 7.50 pagi tadi.

Kereta jenis Proton Gen2 yang dipandu oleh wanita berkenaaan melawan arus dari arah bertentangan iaitu dari Sungai Dua menghala ke Butterworth.”

Kejadian bermula apabila kereta yang dipandu seorang wanita itu kemudiannya melanggar sebuah kereta jenis Perodua Kelisa yang dipandu lelaki yang berumur lingkungan 26 tahun itu.





Perlanggaran tersebut mengakibatkan kereta yang dipandu mangsa terbabas ke kiri jalan dan pada masa sama berlanggar dengan sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki.

Pada yang masa sama, kereta jenis Proton Gen2 itu hilang kawalan dan menyebabkan ianya berpusing dan melanggar dengan dua buah kereta dan sebuah van kilang.

Mangsa yang memandu Perodua Kelisa tersebut dikenali sebagai Mohamad Fandi Rosli berusia 26 tahun itu mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.



Lebih memilukan, mangsa baru saja 3 bulan melangsungkan perkahwinan dan isteri mangsa sedang mengandung anak sulung mereka.



Penunggang motosikal serta 3 pemandu kenderaan lain itu mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya.

Polis percaya remaja berumur 19 tahun itu yang memandu Proton Gen-2 memandu dalam keadaan MABUK.







Siasatan lanjut mengenai kes ini masih dijalankan dan kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Bantuan Anda, Berita Heboh, Berita International, Berita Terkini, Berita Unik, Cerita Cinta, Cerita Lucu, Cerita Mengharukan, Entertainment, Film Cinta, Film Lucu, Film Mengharukan, Handphone, Kesehatan, Kuliner, Orang Hilang, Penipuan, Sejarah, Slider, Sports, Tionghoa, Video, Zodiak

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Item Reviewed: Inilah Wajah Pemandu Gen2 Lawan Arus, Yang Membunuh Pengantin Baru Tidak Berdosa Rating: 5 Reviewed By: Nonton cinta